Default Banner

DBKL Tutup, Sita, Kompaun Dalam Operasi Premis Berisiko

Utama / Berita & Acara / DBKL Tutup, Sita, Kompaun Dalam Operasi Premis Berisiko

April 24th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Tindakan Khas Premis Berisko (Pusat Kecantikan/Snooker) Siri 5/2026 sekitar Taman Shamelin Perkasa, Cheras pada Rabu, 22 April 2026.

Pemantauan dan pemeriksaan di buat ke atas 4 buah premis perniagaan yang menjalankan aktiviti pusat kecantikan dan permainan snooker tanpa lesen dan langgar syarat-syarat lesen serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, DBKL telah membuat penutupan serta-merta ke atas sebuah premis premis kecantikan, menyita pelbagai peralatan 2 buah premis hiburan (pusat snooker) dan mengeluarkan tujuh (7) notis kompaun di atas pelbagai kesalahan melibatkan kesalahan tidak memiliki lesen hiburan, melantik pembantu premis warga asing dan pengendali tidak menjalani pemeriksaaan kesihatan. Tindakan ini dilaksanakan mengikut kesalahan dibawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 dan Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

2 buah premis permainan snooker dikenakan tindakan sita pelbagai peralatan dan barangan telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL bagi proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera. Pelbagai peralatan hiburan

https://adukl.dbkl.gov.my/

1. 677004169 1520715726283778 7377206582627196865 n

1. 678997386 1520715812950436 6473937727419626725 n

1. 679478240 1520715646283786 285366457895796117 n

1. 677139935 1520715689617115 1714300862042352197 n