Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Tindakan Khas Premis (Pusat Hiburan / Permainan) Siri 8/2026 sekitar Lalaport Bukit Bintang, Jalan Hang Tuah pada Rabu, 15 Julai 2026.
Pemantauan dan pemeriksaan di buat ke atas 3 buah premis perniagaan yang menjalankan aktiviti pusat hiburan keluarga dan permainan tanpa lesen dan langgar syarat-syarat lesen serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Hasil daripada pemeriksaan tersebut, DBKL telah membuat penutupan serta-merta ke atas sebuah pusat permainan, menyita pelbagai peralatan di 3 buah premis dan mengeluarkan 6 notis kompaun di atas pelbagai kesalahan melibatkan kesalahan tidak memiliki lesen hiburan, tidak memiliki lesen perniagaan serta menjalankan perniagaan selain dari syarat lesen sebenar. Tindakan ini dilaksanakan menerusi kesalahan dibawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 dan Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
3 buah premis permainan yang dikenakan tindakan sita melibatkan pelbagai barangan dan peralatan telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL bagi proses dokumentasi dan tindakan lanjut. DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera.
https://adukl.dbkl.gov.my/