Default Banner

Dialog Bandar Raya 2025 Edisi Parlimen Segambut

Utama / Berita & Acara / Dialog Bandar Raya 2025 Edisi Parlimen Segambut

August 30th, 2025 by Admin JPRK

Pada hari ini, telah berlangsung Dialog Bandar Raya 2025 edisi Parlimen Segambut di Pusat Komuniti Manjalara dengan kehadiran lebih 500 warga kota. Program ini disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang berkesempatan mendengar secara langsung isu, cadangan dan aspirasi masyarakat setempat.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak boleh dibangunkan oleh DBKL sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak melalui prinsip 4P โ€“ Public, Private, People dan Partnership. Beliau turut menegaskan: โ€œKuala Lumpur ialah rumah kita bersama. Matlamat kita jelas, untuk menjadikan bandar ini bukan sahaja selesa untuk didiami (liveable), tetapi juga bandar yang disayangi (loveable).โ€

Antara isu yang dibangkitkan termasuklah penambahbaikan infrastruktur, keselamatan jalan raya, penyelenggaraan kemudahan awam, serta pelaksanaan program sosial demi kesejahteraan komuniti. Turut diadakan pameran Program Perdana DBKL, Inisiatif LA21 (Clean & Green), Kuala Lumpur Sifar Sisa (Zero Waste), serta Kaunter Adu@KL yang membolehkan penduduk menyalurkan aduan secara terus kepada DBKL.

DBKL amat menghargai penglibatan aktif warga kota dalam sesi ini yang membuktikan iltizam bersama untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang mampan, sejahtera dan inklusif.

3. 540421155 1325450292476990 4160811389924944588 n

3. 539997777 1325450312476988 1623923916327842400 n

3. 539757021 1325450375810315 7573565851406007058 n

3. 539724655 1325450352476984 56278324017989382 n