Duta Besar Croatia Adakan Kunjung Hormat Ke Atas Datuk Bandar Kuala Lumpur
Utama/Berita & Acara/Duta Besar Croatia Adakan Kunjung Hormat Ke Atas Datuk Bandar Kuala Lumpur
May 5th, 2025 by Admin JPRK
Pada hari ini, TYT Dr. Ivan Velimir Starcevic, Duta Besar Croatia ke Malaysia telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBhg. Datoβ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Dalam sesi kunjung hormat tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan, khususnya dalam bidang seni dan kebudayaan.
Diharapkan pertemuan ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara Kuala Lumpur dan Croatia dalam mempromosikan pertukaran budaya serta memperkukuh hubungan diplomatik dua hala.