Default Banner

Duta Besar Korea Selatan Ke Malaysia Adakan Pertemuan Dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur

Utama / Berita & Acara / Duta Besar Korea Selatan Ke Malaysia Adakan Pertemuan Dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur

June 26th, 2025 by Admin JPRK

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Yeo Seung-bae, Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, bertempat di pejabat beliau.

Pertemuan ini menjadi ruang perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang pembangunan bandar pintar serta inisiatif lain yang boleh dimanfaatkan bersama.

Diharapkan jalinan hubungan ini akan memperkukuh lagi hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Seoul, selain membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan, berdaya huni dan berinovasi.

4. 511793526 1272820704406616 1036286372226188791 n

4. 513734374 1272820604406626 5313590123036928664 n

4. 511010011 1272820614406625 3604417219805281915 n

4. 511090316 1272820647739955 5016836952664189458 n