Default Banner

Festival Orkestra Kuala Lumpur 2026 Kembali Merancakkan Seni Muzik Ibu Kota

Utama / Berita & Acara / Festival Orkestra Kuala Lumpur 2026 Kembali Merancakkan Seni Muzik Ibu Kota

April 30th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa ekosistem seni, budaya dan kreativiti bandar raya menerusi penganjuran Festival Orkestra Kuala Lumpur (FOKL) 2026 yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 28 Jun 2026 di pelbagai lokasi ikonik sekitar ibu kota. Majlis pelancaran festival ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ismadi Bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL di Anjung Singgahsana, Menara DBKL 1.

Memasuki edisi ketiga penganjuran, FOKL 2026 dijangka menjadi antara festival muzik terbesar di Kuala Lumpur dengan penganjuran sebanyak 45 acara merangkumi konsert utama, persembahan poket, bengkel, forum serta pelbagai aktiviti komuniti berteraskan muzik. Festival ini turut melibatkan lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Pelbagai persembahan istimewa akan ditampilkan termasuk penglibatan orkestra antarabangsa dari Thailand, Jepun, Singapura, Filipina dan China, di samping penyertaan kumpulan tempatan seperti Orkestra Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Youth Orchestra, Malaysian Philharmonic Youth Orchestra serta Orkestra RTM. Festival ini turut diserikan dengan kolaborasi khas Yogyakarta Royal Orchestra dari Indonesia secara dalam talian menerusi platform YouTube.

Penganjuran ini bukan sahaja memperkayakan penawaran seni kepada warga kota, malah membuka ruang pembangunan bakat muda melalui bengkel, sesi uji bakat serta program pembangunan kapasiti seni persembahan. Inisiatif ini selari dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang vibran, kreatif, berbudaya dan mesra pelancong.

Festival ini turut mendapat sokongan lebih 40 rakan strategik termasuk Tourism Malaysia, Kumpulan CIMB menerusi kempen Moving KL Forward: Kita Bagi Jadi serta Persatuan Hal Ehwal Antarabangsa Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan kerjasama erat pelbagai pihak dalam memperkasa sektor seni, budaya dan pelancongan bandar raya.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Festival Orkestra Kuala Lumpur 2026 dan bersama-sama menikmati pengalaman muzik bertaraf dunia yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang di tengah-tengah ibu kota.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

10/05/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO