Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
September 27th, 2025 by Admin JPRK
YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah merasmikan Festival Sungai Klang 2025 (KRF2025) yang berlangsung di Tepian Sungai Klang bersebelahan PPR Seri Anggerik dan Millerz Square. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh.
Penganjuran KRF2025 yang bertemakan “ACTIVATING” berteraskan tiga tonggak utama iaitu Manusia, Habitat dan Budaya, dengan tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu tempat rekreasi dan riadah, kawasan permainan untuk kanak-kanak serta taman tepi sungai dan kawasan lapang.
Melalui kerjasama strategik DBKL melalui LA21KL bersama ThinkCity, Tourism Selangor, EXSIM Group, pertubuhan bukan kerajaan serta institusi pendidikan, festival ini menjadi contoh terbaik pendekatan berasaskan 4P (Public Private People Partnership) yang memperkukuh kolaborasi antara pelbagai pihak dalam menghidupkan kawasan sungai sebagai ruang awam yang memberi manfaat kepada komuniti.
Datuk Bandar dalam ucapannya turut menekankan keperluan pemikiran ekosistem dan tindakan kolektif dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, selain menyeru semua pihak memperjuangkan prinsip Planet People dan Profit demi kelestarian masa depan bandar raya.
KRF2025 menghimpunkan lebih 44 acara menarik sepanjang dua hujung minggu penganjurannya, kebanyakannya diterajui oleh anak muda sebagai generasi penerus kelestarian sungai.
DBKL mengharapkan penganjuran ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk menjadikan Sungai Klang sebagai nadi bandar raya Kuala Lumpur yang lestari dan disayangi.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)