Default Banner

Gala Dinner “Kenduri In The Park” Meraikan Delegasi Asean

Utama / Berita & Acara / Gala Dinner “Kenduri In The Park” Meraikan Delegasi Asean

August 13th, 2025 by Admin JPRK

Pada malam semalam telah berlangsung Gala Dinner “Kenduri in The Park” di Taman Botani Perdana. Majlis makan malam yang dihoskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku bandar tuan rumah ini diadakan bagi meraikan delegasi yang hadir menyertai ASEAN Governors Mayors Forum (AGMF), ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF) dan Meeting of Governors Mayors of ASEAN Capitals (MGMAC).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Presiden United Nations Habitat Assembly, bersama para Datuk Bandar dan Gabenor ibu negara ASEAN, wakil diplomatik serta para delegasi antarabangsa.

Suasana malam tersebut berlangsung penuh mesra dengan hidangan istimewa, persembahan muzik dan suasana santai di bawah rimbunan pepohon bersejarah Taman Botani Perdana yang dibuka sejak tahun 1888.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, menekankan bahawa semangat kenduri mencerminkan nilai kebersamaan dan persahabatan antara negara-negara ASEAN. Beliau turut menyeru agar kerjasama erat ini diteruskan dalam usaha membangunkan bandar yang lebih hijau, adil dan selamat, serta mengundang para tetamu kembali ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Diharapkan hubungan erat ini akan terus subur demi membina bandar-bandar ASEAN yang mampan, inklusif dan berdaya tahan untuk generasi akan datang.

8. 532202095 1311237407231612 2959052546666285069 n

8532128458 1311237250564961 3327774305744945241 n

8. 532295659 1311237343898285 8075434711509577720 n

8. 533069314 1311237213898298 1332574442735803390 n