Default Banner

Gema Munajat Buka Tahun Baharu 2025

Utama / Berita & Acara / Gema Munajat Buka Tahun Baharu 2025

January 1st, 2025 by Admin JPRK

Alhamdulillah, pada malam semalam telah berlangsung program Gema Munajat sempena Ambang Tahun Baharu 2025 yang diadakan di Dataran Merdeka, Jalan Raja.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz ini telah dihadiri oleh YBhg. Datoโ€™ Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, para pengarah eksekutif DBKL, serta Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengunjung yang hadir disajikan dengan persembahan seni kerohanian oleh artis popular Mawi dan Kumpulan Hadroh Hajir Marawes. Persembahan mereka diserikan dengan lantunan selawat dan zikir yang memuji kebesaran Allah SWT, mencipta suasana penuh keinsafan dan ketenangan jiwa.

Ceramah rohani (tausiyah) turut disampaikan oleh tokoh agama tersohor seperti Ustaz Farhan Tee Abdullah, Daโ€™i Fuad Mokhtar, Bro Shah Kirit, dan Habib Naqjamuddin bin Osman Alkhered. Acara kemuncak malam tersebut adalah Doa Munajat Khas yang dipimpin oleh para tokoh agama ini, dengan memohon kesejahteraan negara, perlindungan bagi mangsa banjir, serta keberkatan untuk menghadapi tahun baharu yang lebih cemerlang.

Diharapkan dengan berlangsungnya majlis ini, ia dapat menjadi inspirasi kepada warga kota untuk memulakan tahun baharu 2025 dengan nilai keinsafan, keberkatan, dan azam yang lebih baik untuk kehidupan dunia dan akhirat.

2. 472270860 1143254060696615 6682135492967621108 n

2. 472359534 1143254024029952 352200803689314636 n

2. 471951547 1143254147363273 2451756001298570485 n

2. 471949106 1143255544029800 6514715571545492775 n