Default Banner

Hargai Makanan, Elak Pembaziran MySaveFood @ Ramadan 2026

Utama / Berita & Acara / Hargai Makanan, Elak Pembaziran MySaveFood @ Ramadan 2026

February 28th, 2026 by Admin JPRK

Semalam telah dilaksanakan program MySaveFood @ Ramadan 2026 di Tapak Pasar Malam Desa Rejang 1, sebagai sebahagian daripada Kempen Sifar Sisa @ Bazar Ramadan 2026.

Program ini merupakan inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, ReMeal Sdn. Bhd, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN Laman Rasmi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp bagi mengumpulkan lebihan makanan yang masih elok dan selamat dimakan daripada peniaga bazar untuk diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan.

Hasil pelaksanaan semalam, sebanyak 61.96 kilogram makanan dan 197.05 kilogram minuman berjaya dikumpulkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 259.01 kilogram. Lebihan makanan tersebut telah dihantar ke Kolej Siswajaya Desa Rejang untuk diagihkan.

Inisiatif ini dilaksanakan di 13 lokasi Bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur melibatkan kawasan Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju dan Lembah Pantai sebagai usaha berterusan mengurangkan pembaziran makanan serta memupuk kesedaran dalam kalangan peniaga dan pengunjung bazar.

Hargai makanan, elak pembaziran. Bersama kita jayakan bandar sifar sisa.

1. 642721539 1476445807377437 8152954704533263626 n

1. 642800018 1476445737377444 2180812912847205893 n

1. 643884019 1476446390710712 7352119434021154193 n

1. 644470438 1476446217377396 4818590652686114669 n