Default Banner

Hijau Bersama Untuk Dunia | 60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia–Kenya

Utama / Berita & Acara / Hijau Bersama Untuk Dunia | 60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia–Kenya

September 28th, 2025 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Kementerian Luar Negeri Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Suruhanjaya Tinggi Republik Kenya di Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Penanaman Pokok sempena memperingati ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia–Kenya.

Majlis yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa ini disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan Tuan Yang Terutama Ekitela Ronald John Maru, Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya ke Malaysia, bersama wakil daripada Kementerian Luar Negeri Malaysia serta Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Sebanyak enam (6) batang pokok African Tulip Tree (Spathodea campanulata) ditanam sebagai simbolik kepada enam dekad persahabatan erat Malaysia–Kenya sejak tahun 1965. Selain memperindah landskap bandar, pokok ini turut menyumbang kepada keseimbangan ekologi, penyerapan karbon dan usaha mitigasi perubahan iklim.

Penganjuran ini mencerminkan aspirasi hijau Kuala Lumpur sebagai bandar raya mampan, di samping mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kenya dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pendidikan, pelancongan, pertanian dan kerjasama teknikal.

DBKL akan terus mendukung agenda kelestarian dan memperkukuh jalinan antarabangsa ke arah Bandar Raya Kuala Lumpur yang lestari, inklusif dan sejahtera untuk semua.

5. 555853182 1349675166721169 3181759379037904321 n

5. 557267184 1349675153387837 4843128444965657846 n

5. 555050864 1349675120054507 1061178401743936298 n

5. 555819480 1349675113387841 3843347295854206768 n