Di sebalik kehijauan yang menenangkan dan suasana nyaman yang dinikmati setiap hari, Taman Botani Perdana terus dipelihara agar kekal menjadi ruang rekreasi yang selamat, lestari dan membanggakan warga Kuala Lumpur.
Antara usaha yang sedang giat dilaksanakan termasuk penyegaran landskap di Laman Heliconia melalui penambahan tanaman renek, pembersihan kawasan Bangsal Taman Rusa, pengurusan pokok tumbang dan pokok mati bagi menjamin keselamatan pengunjung, serta penambahbaikan kemudahan di Denai Ekologi Laluan Tembusu demi keselesaan pengguna.
Landskap yang subur dan terancang bukan sekadar mencantikkan persekitaran, malah membantu mewujudkan ruang hijau yang lebih hidup dan menenangkan.
Persekitaran yang bersih dan terurus menjadikan kawasan rekreasi lebih selesa untuk dikunjungi seisi keluarga.
Pengurusan pokok secara berkala penting bagi memastikan keselamatan awam serta kelestarian ekosistem bandar terus terpelihara.
Kemudahan yang sentiasa dipertingkatkan membolehkan warga kota menikmati pengalaman rekreasi yang lebih baik dan berkualiti.
Usaha berterusan ini adalah sebahagian daripada aspirasi jangka pendek untuk memastikan setiap ruang awam berada dalam keadaan terbaik untuk dinikmati masyarakat, serta matlamat jangka panjang menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang lebih hijau, berdaya huni dan sejahtera. Kerana sebuah bandar yang unggul bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikalnya, tetapi juga melalui kesungguhan memelihara ruang yang menyatukan manusia dengan alam demi kesejahteraan generasi hari ini dan masa hadapan.