Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
March 6th, 2026 by Admin JPRK
Ramadan bukan sekadar bulan untuk menahan lapar dan dahaga, malah ia merupakan madrasah terbaik untuk kita menyuburkan sifat ihsan dan memperkasakan amalan bersedekah. Melalui Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447H, semangat kebersamaan ini diterjemahkan melalui penyampaian bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan, bagi memastikan tiada warga kota yang terpinggir daripada merasai nikmat kemuliaan bulan suci ini. Program ini bertujuan melentur jiwa masyarakat yang berkemampuan untuk saling membantu, sekali gus mengukuhkan semangat "Wilayah Persekutuan Kita" yang harmoni dan bersatu padu.
Komitmen Kerajaan melalui kerjasama erat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), dan Perbadanan Labuan adalah jelas dalam usaha meringankan beban kos sara hidup yang kian mencabar. Sebanyak 5,100 penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf, fakir, dan mereka yang kurang berkemampuan di seluruh Wilayah Persekutuan telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan wang tunai. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja, pelaksanaan program ini akan meliputi 11 kawasan Parlimen.
Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, program ini menjadi jambatan yang mendekatkan pihak pengurusan bandar raya dengan komuniti setempat menerusi sesi ramah mesra, berbuka puasa, dan solat berjemaah. Inisiatif ini membuktikan bahawa kesejahteraan setiap warga kota sentiasa menjadi keutamaan dalam membina sebuah bandar yang lebih berdaya huni dan prihatin. Marilah kita jadikan Ramadan kali ini sebagai momentum untuk terus menyebarkan kasih sayang dan memastikan sinar kegembiraan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Bersama-sama kita membina Wilayah Persekutuan sebagai sebuah kota yang inklusif, ihsan, dan milik kita semua.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)