Default Banner

Ihsan Bandar Raya

Utama / Berita & Acara / Ihsan Bandar Raya

December 26th, 2025 by Admin JPRK

DBKL telah menganjurkan Bengkel Kemahiran dan Keusahawanan iaitu Kursus Asas Barista sebagai inisiatif berimpak tinggi untuk memperkasa belia Kuala Lumpur.

Seramai 50 peserta berusia 18 tahun ke atas mengikuti kursus secara hands-on, merangkumi kemahiran penting seperti pengendalian mesin espresso, teknik pengisaran dan pengekstrakan, penyediaan minuman kopi, milk steaming, latte art, serta pengetahuan asas biji kopi, kebersihan dan layanan pelanggan.

Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta, malah membuka ruang peluang kerjaya dan keusahawanan dalam industri F&B yang semakin berkembang.

DBKL komited melahirkan komuniti bandar yang lebih berdaya saing, berkemahiran dan sejahtera demi Kuala Lumpur yang lebih inklusif untuk semua.