YBhg Tan Sri Dato' Seri Haji Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara bersama YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, hari ini menyempurnakan pelepasan peserta Integrity Fun Walk 2026 anjuran Institut Integriti Malaysia yang diadakan bersempena Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) Edisi 16 Ogos 2026.
Berlangsung dalam suasana santai, meriah dan mesra komuniti, program ini menjadi platform untuk memupuk serta menyemarakkan budaya integriti dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan riadah, kekeluargaan dan gaya hidup sihat.
Menariknya, KLCFM edisi kali ini turut memperkenalkan laluan simulasi 10KM, berbanding laluan 7KM sebelum ini, sekali gus memberi pengalaman baharu dan cabaran kepada warga kota yang menyertai aktiviti berjalan kaki dan beriadah di sekitar Kuala Lumpur.
Integriti dipupuk, komuniti diperkukuh, Kuala Lumpur terus melangkah maju!