June 19th, 2025 by Admin JPRK
Seluruh warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penuh rasa bangga dan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, atas penerimaan Anugerah “Women of the Decade” yang telah berlangsung pada 19 Jun 2025 bertempat di Dewan Perdana, MITI Kuala Lumpur.
Anugerah yang penuh berprestij ini disampaikan sempena Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 sebagai satu pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa dan dedikasi berterusan beliau dalam bidang perancangan bandar dan pembangunan mampan. Kejayaan ini mencerminkan sumbangan besar beliau bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di persada antarabangsa. Penyampaian anugerah oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menambah lagi nilai istimewa kepada detik yang membanggakan ini.
Penganugerahan ini pastinya menjadi satu pencapaian yang amat bererti, bukan hanya buat Datuk Bandar Kuala Lumpur, tetapi turut menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja DBKL. Ia menjadi lambang kejayaan hasil kepimpinan berwawasan yang menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang progresif dan mampan. Kejayaan ini turut mengukuhkan iltizam semua warga DBKL untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, sentiasa berinovasi dan berpegang teguh kepada nilai integriti demi kemajuan dan kesejahteraan bandar raya tercinta ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)