Default Banner

Kerja-Kerja Pembersihan Di Jalan Kancil

Utama / Berita & Acara / Kerja-Kerja Pembersihan Di Jalan Kancil

December 20th, 2025 by Admin JPRK

Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan di Jalan Kancil melibatkan cucian permukaan jalan dan kawasan sekitar yang terjejas akibat aktiviti meludah sireh oleh warga asing. Tindakan ini bertujuan memastikan keadaan persekitaran kembali bersih, teratur dan selesa untuk kegunaan orang awam.

Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi mengekalkan tahap kebersihan bandar, khususnya di kawasan tumpuan orang ramai, selaras dengan komitmen memastikan persekitaran bandar yang kondusif dan terpelihara.

Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang mencemarkan kebersihan awam. Tindakan tegas termasuk pengeluaran kompaun akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati melakukan perbuatan meludah sireh atau apa-apa tindakan lain yang menjejaskan kebersihan dan imej bandar raya, selaras dengan peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

1. 600254139 1419229579765727 5549136503641979514 n

1. 602312004 1419229769765708 4958904302768473521 n

1. 602977137 1419229529765732 6277376309873475696 n

1. 601858979 1419229639765721 9082756307099946821 n