December 29th, 2025 by Admin JPRK
Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan di beberapa kawasan sekitar pusat bandar termasuk Lorong TAR, Masjid India, Lebuh Pudu (kawasan Segi Tiga), Medan Pasar, Lebuh Pasar Besar dan Bukit Bintang. Tumpuan diberikan kepada cucian kawasan pejalan kaki, siar kaki, jalan serta kawasan persekitaran yang sering menjadi tumpuan orang ramai.
Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan perniagaan dan laluan tumpuan sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa serta terjaga untuk kegunaan penduduk dan pengunjung bandar.
Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama – sama-sama kita jaga Kuala Lumpur agar kekal indah dan terpelihara.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)