December 23rd, 2025 by Admin JPRK
Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan di sekitar Jalan Sultan dan Jalan TAR (sekitar SOGO) bagi memastikan kawasan tumpuan orang ramai sentiasa bersih dan teratur.
Selain itu, kerja-kerja pembersihan jalan turut dijalankan di beberapa laluan utama pusat bandar melibatkan Jalan Tun Sambanthan, Jalan Tun Tan Siew Sin dan Lebuh Ampang sebagai langkah mengekalkan kebersihan permukaan jalan serta meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.
Pelaksanaan kerja-kerja ini memberi tumpuan kepada usaha memperkemas keadaan persekitaran bandar agar sentiasa berada pada tahap kebersihan yang memuaskan serta menyokong kelancaran aktiviti harian warga kota.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)