Default Banner

Kerja-Kerja Pembersihan Longkang Di Sekitar Pusat Bandar

Utama / Berita & Acara / Kerja-Kerja Pembersihan Longkang Di Sekitar Pusat Bandar

February 27th, 2026 by Admin JPRK

 Kerja-kerja pembersihan longkang telah dilaksanakan di sekitar Jalan Pekeliling, Jalan Chow Kit, Jalan Bidor dan Jalan Setiawan bagi memastikan sistem saliran berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar.

Pembersihan ini melibatkan pengeluaran sisa pepejal, lumpur serta halangan yang boleh menyebabkan aliran air tersekat dan berpotensi mengakibatkan banjir kilat, terutamanya ketika hujan lebat.

Usaha ini akan diteruskan secara berkala demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk semua.

Sama-sama kita jaga kebersihan dan elakkan pembuangan sampah ke dalam longkang.

1. 641538500 1474692294219455 2050166163381176904 n

1. 643429856 1474692027552815 5494171524330428442 n

1. 643319867 1474691990886152 7051169606909312837 n

1. 643363419 1474692170886134 457503869647461211 n