Default Banner

Kerja-Kerja Pencucian Dan Pembersihan Kawasan Tumpuan Pusat Bandar Dipertingkatkan

Utama / Berita & Acara / Kerja-Kerja Pencucian Dan Pembersihan Kawasan Tumpuan Pusat Bandar Dipertingkatkan

May 7th, 2026 by Admin JPRK

Kerja-kerja pencucian dan pembersihan di kawasan tumpuan sekitar pusat bandar termasuk di Jalan Masjid India dan Bukit Bintang terus dipergiat bagi memastikan persekitaran bandar raya kekal bersih, selesa dan lestari untuk warga kota serta pelancong.

Kerja-kerja pencucian siarkaki dan kawasan awam dilaksanakan secara berjadual menggunakan peralatan khas termasuk unit portable jetter bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Operasi pencucian dijalankan pada waktu awal pagi selepas tamat operasi kerja harian di lapangan bagi mengurangkan gangguan kepada aktiviti awam dan perniagaan di kawasan terlibat.

Usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam memastikan kawasan tumpuan pusat bandar sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif untuk semua.

4. 688523375 1532132818475402 8472412817485630301 n

4. 689791408 1532131555142195 5047809372086886505 n

4. 690208806 1532131601808857 2261520918746853196 n

4. 690537450 1532132688475415 4525138789494547544 n