Default Banner

Kerjasama Strategik DBKL & CIMB Perkasa Ekonomi Bandar Dan Industri Kreatif

Utama / Berita & Acara / Kerjasama Strategik DBKL & CIMB Perkasa Ekonomi Bandar Dan Industri Kreatif

April 16th, 2026 by Admin JPRK

DBKL terus melangkah ke hadapan, kali ini bergandingan bersama CIMB dalam satu kerjasama strategik yang bukan sekadar simbolik, tetapi berupaya menggerakkan ekonomi bandar.

Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Pengerusi CIMB Group, YBhg. Datuk Syed Zaid Albar, manakala Memorandum Kerjasama ini dimeterai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ TPr Fadlun bin Mak Ujud bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin.

Kerjasama ini jelas mencerminkan pendekatan strategik DBKL yang terbuka dan dinamik dan aktif melibatkan pihak swasta dalam membentuk sebuah bandar yang mempunyai jiwa. Menariknya, kolaborasi ini bukan hanya berkisar tentang ekonomi semata-mata, tetapi turut menghidupkan nadi bandar daripada industri kreatif, program kebudayaan, sehinggalah usaha memperkasa usahawan kecil dan sederhana. Penganjuran festival, konsert dan platform seni bukan sahaja mengetengahkan bakat tempatan, malah membantu menjadikan Kuala Lumpur lebih meriah , menarik dan segar .

Dalam masa sama, sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) turut diperkukuh melalui latihan, digitalisasi, akses pembiayaan dan peluang pasaran supaya perniagaan tempatan terus berdaya tahan dalam persekitaran yang mencabar. DBKL juga tidak melupakan elemen pengindahan bandar, dengan usaha mengaktifkan ruang melalui seni awam dan inisiatif kreatif yang memberi identiti tersendiri kepada Kuala Lumpur.

Inilah salah satu bukti usaha berterusan DBKL dalam memperkukuh pentadbiran bandar melalui kolaborasi strategik, lebih inklusif, lebih responsif dan selari dengan keperluan sebuah bandar raya yang sentiasa berkembang dalam suasana yang dinamik.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

21/04/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO