Default Banner

Keselamatan Bandar Diutamakan – Sistem Pemantauan Lampu Jalan DBKL

Utama / Berita & Acara / Keselamatan Bandar Diutamakan – Sistem Pemantauan Lampu Jalan DBKL

January 5th, 2026 by Admin JPRK

Dalam memastikan tahap keselamatan warga kota sentiasa berada pada paras terbaik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membangunkan sebuah sistem lampu jalan bagi melaksanakan pemantauan berterusan terhadap lampu-lampu jalan di seluruh Kuala Lumpur. Sistem ini turut diintegrasikan dengan Kuala Lumpur Command and Control Center (KLCCC) serta aplikasi KL City Manager.

Melalui integrasi tersebut, sebarang maklumat berkaitan kerosakan lampu jalan akan diterima secara masa nyata (real time) menerusi aplikasi berkenaan, di samping dibantu oleh pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) yang turut dijalankan secara berterusan.

Berdasarkan makluman yang diterima, sama ada melalui sistem pemantauan atau aplikasi KL City Manager, tindakan susulan akan diambil dengan segera bagi sebarang aduan di dalam memastikan kawasan terlibat kembali terang, selamat dan selesa untuk kegunaan orang ramai.

1. 611609120 1431476255207726 7555876301604591381 n

1. 611767763 1431476101874408 5083958110508607049 n

1. 611840529 1431476205207731 3557632882768069276 n

1. 612462926 1431476151874403 1779659536016332031 n