Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
December 27th, 2025 by Admin JPRK
Operasi penguatkuasaan di bawah Kluster Penguatkuasaan – Ops Anti Litter telah dilaksanakan oleh Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar pada 26 Disember 2025 (Jumaat) bermula jam 8.00 malam sehingga selesai di kawasan Jalan Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.
Sepanjang pelaksanaan operasi ini, sebanyak 6 kompaun telah dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 47(1)(a) kerana meletak, membuang atau menyebabkan pembuangan sampah, puntung rokok, sisa kertas, kotak dan pelbagai bahan buangan lain di kawasan awam.
Selain tindakan kompaun, penguatkuasaan ini turut bertujuan memastikan orang awam dan peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran, tidak meletakkan halangan di atas longkang atau laluan pejalan kaki awam, tidak mengalirkan sisa ke longkang serta tidak membuang sampah atau puntung rokok di merata-rata tempat.
Dalam masa yang sama, petugas turut memberikan teguran serta nasihat secara berhemah kepada orang awam agar sentiasa menjaga kebersihan, menggunakan tong sampah yang disediakan serta bersama-sama memainkan peranan memastikan persekitaran bandar kekal bersih, selesa dan kondusif.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)