YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datoβ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah melepaskan para peserta Jishin Fun Run sempena program KL Car Free Morning (KLCFM) edisi 1 Jun 2025 yang berlangsung di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
KLCFM yang diadakan setiap minggu bukan sekadar aktiviti riadah dan fizikal, malah menjadi medium advokasi penting dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang sihat, mesra alam, lestari dan berdaya huni.
Penganjuran Jishin Fun Run turut memperlihatkan kerjasama utuh melalui pendekatan 4P β Public, Private, People & Partnership yang menggalakkan penglibatan aktif pelbagai pihak dalam membentuk komuniti bandar yang lebih inklusif dan progresif.