Default Banner

Kontinjen DBKL Meriahkan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan

Utama / Berita & Acara / Kontinjen DBKL Meriahkan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan

May 1st, 2025 by Admin JPRK

Sempena Sambutan Hari Pekerja yang diraikan pada 1 Mei setiap tahun, seramai 50 orang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh YBrs. En. Saifol Mazli bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia DBKL, telah menghadiri dan memeriahkan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Majlis penuh simbolik tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan menghimpunkan ribuan warga pekerja dari pelbagai sektor sebagai manifestasi solidariti serta penghargaan kepada sumbangan mereka terhadap pembangunan negara.

Penyertaan kontinjen DBKL dalam sambutan ini melambangkan komitmen berterusan pihak DBKL dalam menyokong usaha pembangunan negara selaras dengan agenda Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan keadilan sosial.

Dengan tema “Pekerja Kesuma Bangsa”, sambutan pada tahun ini memberi penekanan kepada peranan penting para pekerja sebagai teras utama kemajuan negara – bukan sahaja sebagai penggerak ekonomi, malah sebagai tonggak kepada pencapaian nilai kemampanan, keterangkuman dan kesejahteraan dalam landskap Malaysia yang progresif.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO