Default Banner

Kuala Lumpur Kongsi Pengalaman Bandar Hijau Di Forum ABCD 2025

Utama / Berita & Acara / Kuala Lumpur Kongsi Pengalaman Bandar Hijau Di Forum ABCD 2025

August 7th, 2025 by Admin JPRK

Datuk Bandar Kuala Lumpur YBhg Dato’ Seri TPr (Dr) Maimunah binti Mohd Sharif telah hadir selaku panelis dalam sesi perbincangan bertajuk Building a Green ASEAN Sustainable Practices and Green Economy sempena Forum Asean Business Community Development (ABCD 2025) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Sesi ini menghimpunkan tokoh-tokoh serantau termasuk Ketua Pegawai Eksekutif TNB Presiden EVAP Filipina Ketua Pegawai Eksekutif FAST Plus Vietnam dan Naib Presiden Persatuan Guaman Singapura Tumpuan diberikan kepada hala tuju serantau dalam menjayakan matlamat rendah karbon ASEAN menerusi pelaburan ESG ekonomi kitaran mobiliti EV serta pembiayaan hijau.

Dalam sesi tersebut Datuk Bandar telah berkongsi bagaimana Kuala Lumpur mengadaptasi matlamat AEC 2030 melalui pelaksanaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 PTKL2040 yang memfokuskan pembangunan rendah karbon penyediaan infrastruktur hijau dan bandar yang inklusif Beliau turut menekankan pendekatan DBKL dalam melaksanakan ekonomi kitaran melalui Pelan Hala Tuju Sifar Sisa 2040 serta memperkasakan komuniti melalui inisiatif seperti komuniti sifar sisa dan kebun bandar.

Pendekatan DBKL yang berlandaskan model 4P iaitu Public, Private, People, Partnership membuktikan bahawa kejayaan transformasi bandar memerlukan kerjasama erat pelbagai pihak dasar dengan berpandukan kepada data serta penyertaan komuniti akar umbi.

DBKL komited untuk menjadikan Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah bandar untuk didiami tetapi bandar yang dicintai iaitu sebuah bandar yang selesa dan disayangi.

4. 528271202 1306481417707211 2462913537982593982 n

4. 528627159 1306481471040539 4466716109264102784 n

4. 528716799 1306481461040540 1194348511261022416 n

4. 528821175 1306481404373879 8095348446613431500 n