Default Banner

Lagi DBKL Roboh Struktur Perniagaan Bagi Pembangunan Projek Lestari Niaga

Utama / Berita & Acara / Lagi DBKL Roboh Struktur Perniagaan Bagi Pembangunan Projek Lestari Niaga

July 2nd, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd melaksanakan tindakan bersepadu meroboh struktur binaan tanpa kelulusan bagi tujuan perlaksanaan program pembangunan Projek Lestari Niaga berhadapan Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda pada Selasa, 30 Jun 2026.

Tindakan penguatkuasaan meroboh dan pembersihan struktur dilaksanakan setelah pemilik-pemilik struktur aktiviti perniagaan melibatkan perniagaan makanan mematuhi notis penguatkuasaan bagi pengosongan tapak yang dikeluarkan menerusi kesalahan dibawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Kerja-kerja meroboh struktur dan pembersihan tapak gerai, stor barangan, tandas, kabin, tembok dan lain-lain sekitar kawasan berkenaan berjalan dengan lancar setelah barangan dan peralatan perniagaan telah dipindah keluar oleh pemilik premis termasuk pemotongan bekalan air dan sumber elektrik mengikut proses dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak DBKL, SPAN, Air Selangor dan TNB.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.