Default Banner

Lawatan Dan Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Insiden Kebakaran Di Pantai Dalam

Utama / Berita & Acara / Lawatan Dan Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Insiden Kebakaran Di Pantai Dalam

August 9th, 2025 by Admin JPRK

YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, dan YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersama YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, hari ini telah mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa insiden kebakaran di Pantai Dalam.

Kebakaran tersebut melibatkan 18 unit kediaman dan 6 premis kedai. Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka di Sekolah Rendah Agama Al-Khawarizmi, Jalan Pantai Dalam bagi menempatkan 18 keluarga yang terkesan sebelum mereka dipindahkan ke Pusat Komuniti Lembah Pantai bermula esok.

Mangsa yang layak juga akan ditawarkan penempatan di unit rumah transit DBKL sebagai langkah membantu meringankan beban mereka.

DBKL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera dan menyeluruh, demi memastikan kebajikan mangsa sentiasa terpelihara. Prihatin kepada warga kota adalah keutamaan kami.

1. 529279188 1308171267538226 8787817981655954946 n1. 530251701 1308171157538237 2203786510635732750 n

1. 529859324 1308171237538229 5540874542886480395 n1. 531046385 1308171364204883 2808650306549861797 n