Default Banner

Lawatan Datuk Bandar Seoul Ke Taman Botani Perdana Dan Kunjungan Hormat Ke Atas Datuk Bandar Kuala Lumpur

Utama / Berita & Acara / Lawatan Datuk Bandar Seoul Ke Taman Botani Perdana Dan Kunjungan Hormat Ke Atas Datuk Bandar Kuala Lumpur

December 8th, 2025 by Admin JPRK

Pada hari ini, Datuk Bandar Seoul, Tuan Oh Sehoon, bersama delegasi Seoul Metropolitan Government telah mengadakan lawatan ke Taman Botani Perdana. Ketibaan beliau disambut oleh YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL.

Dalam sesi lawatan tersebut, beliau telah dibawa meninjau kawasan taman sambil diberikan penerangan mengenai fungsi, elemen landskap serta pembangunan hijau yang diterapkan di Taman Botani Perdana. Lawatan ini turut disertai sesi taklimat mengenai projek yang dilaksanakan melalui geran dibawah Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan dan projek mitigasi banjir yang dilaksanakan oleh DBKL.

Sejurus selepas lawatan tersebut, Datuk Bandar Seoul telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur. Pertemuan ini menjadi ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pengurusan bandar raya, sekali gus mempereratkan hubungan yang sedia terjalin antara Kuala Lumpur dan Seoul.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

05/01/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO