Default Banner

Lawatan DBKL Ke Ibu Pejabat Google Malaysia

Utama / Berita & Acara / Lawatan DBKL Ke Ibu Pejabat Google Malaysia

December 19th, 2025 by Admin JPRK

Pada 18 Disember 2025, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Google Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh pendekatan perancangan bandar yang berasaskan data, teknologi digital dan inovasi.

Selaras dengan aspirasi Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia, DBKL sentiasa meneroka pendekatan dan amalan terbaik dalam perancangan bandar pintar. Dalam konteks ini, Google sebagai peneraju global dalam bidang teknologi, data raya dan analitik bandar pintar dilihat sebagai rakan strategik yang relevan untuk diterokai dari sudut perkongsian pengetahuan serta potensi kerjasama strategik.

Melalui lawatan ini, DBKL memperoleh pendedahan mengenai penggunaan teknologi Google merangkumi analitik data, pemetaan digital, kecerdasan buatan dan penyelesaian bandar pintar yang berpotensi menyokong perancangan guna tanah, mobiliti bandar, pengurusan trafik, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan warga kota Kuala Lumpur.

4. 600215061 1417550799933605 8033086048912116087 n

4. 599656775 1417550746600277 5324139110274408793 n

4. 600476484 1417550589933626 2295990429263112060 n

4. 599695114 1417550833266935 3604981141006046823 n