Lawatan Kerja DBKL Ke Air Selangor Perkukuh Kerjasama Strategik Demi Kesejahteraan Warga Kota
Utama/Berita & Acara/Lawatan Kerja DBKL Ke Air Selangor Perkukuh Kerjasama Strategik Demi Kesejahteraan Warga Kota
August 7th, 2026 by Admin JPRK
YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mengetuai delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam lawatan kerja ke Air Selangor Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan perkhidmatan bekalan air yang melibatkan kawasan pentadbiran DBKL serta memastikan kesejahteraan warga kota terus terpelihara.
Antara isu yang dibincangkan ialah tunggakan bil air di kawasan PA/PPR, pengurusan sistem rumah pam dan tangki tadahan air di PPR Bukit Jalil, perkhidmatan bekalan air di Kampung Tradisi Sri Pantai, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah atau bocor, penyelenggaraan paip di kawasan landskap yang melibatkan pokok-pokok sensitif serta keperluan bekalan air bagi pelaksanaan Projek Lestari Niaga.
DBKL merakamkan penghargaan kepada pihak Air Selangor atas kesudian menerima lawatan ini. Diharapkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuhkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh warga Kuala Lumpur.