Default Banner

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KE RESIDENSI SUNGAI UDANG

Utama / Berita & Acara / LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KE RESIDENSI SUNGAI UDANG

February 26th, 2026 by Admin JPRK

YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada 25 Februari 2026 telah mengadakan lawatan serta menerima taklimat berhubung pelaksanaan Rumah Majlis (Council Home) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Residensi Sungai Udang.

Dalam sesi taklimat, YB Timbalan Menteri telah diberi penerangan mengenai latar belakang pelaksanaan Council Home DBKL sebagai inisiatif perumahan sosial yang menyediakan kediaman transit berpatutan untuk disewa kepada golongan sasar, termasuk warga kota berpendapatan sederhana dan rendah.

Taklimat turut merangkumi status pelaksanaan semasa, mekanisme pengurusan penyewaan serta peranan jabatan-jabatan berkaitan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memperkukuh penyediaan perumahan mampu sewa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur demi kesejahteraan dan kualiti hidup warga kota.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBrs Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL; YBrs Puan Fadzilah binti Ahmad, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH); serta wakil pengurusan IPFM daripada Tetuan IM Global Property Consultants Sdn. Bhd.

1. 643239542 1474593644229320 1310153349919633621 n

1. 643323877 1474593887562629 1363954008550702013 n

1. 643400749 1474593707562647 8407204403084394572 n

1. 643451034 1474594034229281 2175694484710806539 n