Default Banner

Lawatan Turun Padang YAB Perdana Menteri Ke Lestari Niaga Madani @ Wirawati Dan Laman Selera Madani, Seksyen 10 Wangsa Maju

Utama / Berita & Acara / Lawatan Turun Padang YAB Perdana Menteri Ke Lestari Niaga Madani @ Wirawati Dan Laman Selera Madani, Seksyen 10 Wangsa Maju

January 3rd, 2025 by Admin JPRK

Hari ini, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah mengadakan lawatan turun padang ke Lestari Niaga MADANI @ Wirawati dan Laman Selera MADANI di Seksyen 10, Wangsa Maju. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, serta YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Dalam sesi lawatan tersebut, YAB Perdana Menteri meninjau kerja-kerja naik taraf yang sedang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah inisiatif Lestari Niaga @ Kuala Lumpur.

Lestari Niaga @ Kuala Lumpur merupakan inisiatif kerajaan MADANI untuk menaiktaraf dan mengindahkan fasiliti gerai-gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan, menjadikannya lebih kondusif, selesa, dan mesra pelanggan.

Selain meninjau fasiliti, YAB Perdana Menteri juga meluangkan masa menikmati makan tengah hari di Laman Selera MADANI Seksyen 10, Wangsa Maju.

Beliau juga turut menyapa dan beramah mesra dengan para peniaga di kedua-dua medan selera tersebut.

Lawatan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan sektor perniagaan kecil serta meningkatkan kesejahteraan para peniaga dan komuniti setempat.

5. 472289093 1144600133895341 4042177323301446227 n

5. 472384110 1144600357228652 6409852797232420534 n

6. 472329811 1144683580553663 3047745624307522388 n

5. 472613491 1144600333895321 2637581691430296256 n