Default Banner

Lawatan YB Hannah Yeoh Ke Kuala Lumpur Command And Control Center (KLCCC)

Utama / Berita & Acara / Lawatan YB Hannah Yeoh Ke Kuala Lumpur Command And Control Center (KLCCC)

March 17th, 2026 by Admin JPRK

Semalam, YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur Command and Control Center (KLCCC) bagi melihat dengan lebih dekat operasi pemantauan bandar raya Kuala Lumpur.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan penerangan mengenai fungsi KLCCC yang berperanan sebagai pusat pemantauan bersepadu bandar raya serta bagaimana tindakan secara terus dapat dilaksanakan hasil daripada pemantauan yang dijalankan di pusat ini.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Melalui penggunaan teknologi dan sistem pemantauan yang menyeluruh, KLCCC membantu memperkukuh kecekapan pengurusan bandar serta memastikan setiap isu yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dapat dikenal pasti dan ditangani dengan lebih pantas dan berkesan.

3. 652966633 1489752789380072 1689689715964360273 n

3. 652976195 1489752566046761 3050203812880853160 n

3. 653315797 1489752642713420 5068988798437814411 n

3. 654287404 1489753056046712 5481490909957467531 n