Default Banner

Majlis Clock Out Pegawai Dan Kakitangan Yang Akan Bersara Bil 4/2026

Utama / Berita & Acara / Majlis Clock Out Pegawai Dan Kakitangan Yang Akan Bersara Bil 4/2026

April 22nd, 2026 by Admin JPRK

Pada 20 April 2026, telah berlangsung Majlis Clock Out Pegawai dan Kakitangan yang Akan Bersara Bil 4/2026 bertempat di Ruang Galeri, Menara DBKL 1 sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang telah menamatkan perkhidmatan dengan penuh dedikasi.

Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pengurusan tertinggi serta Pengarah-Pengarah Jabatan dalaman DBKL bagi menyantuni dan menghargai jasa para pesara.

Seramai 9 orang pegawai dan kakitangan telah diraikan iaitu:

• Ir. Ts. Mohd Lokman bin Mohd Lasim @ Ahmad – 37 tahun (1989 hingga 2026)

• Mohd Azman bin Md. Noh – 38 tahun (1988 hingga 2026)

• Nor Azizah binti Ramli – 30 tahun (1996 hingga 2026)

• Radha Kumari a/p Manokaran – 23 tahun (2003 hingga 2026)

• Muniandy a/l Krishnan – 34 tahun (1992 hingga 2026)

• Noorazita binti Ilham – 29 tahun (1997 hingga 2026)

• Muhamad Rizzal bin Muhamad Khusrin – 25 tahun (2001 hingga 2026)

• Rohaisham bin Mustapha – 27 tahun (1999 hingga 2026)

• Maheswary a/p Suppiah – 30 tahun (1996 hingga 2026)

Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap jasa dan komitmen tinggi para pesara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam memastikan kelancaran perkhidmatan bandar raya Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala sumbangan yang telah diberikan. Semoga para pesara terus dirahmati dan menikmati kehidupan baharu dengan penuh ketenangan serta kebahagiaan.