Default Banner

Majlis Clock Out Pegawai Dan Kakitangan Yang Akan Bersara Bil 5/2026

Utama / Berita & Acara / Majlis Clock Out Pegawai Dan Kakitangan Yang Akan Bersara Bil 5/2026

May 21st, 2026 by Admin JPRK

Majlis Clock Out Pegawai dan Kakitangan yang Akan Bersara Bil 5/2026 telah berlangsung hari ini di Ruang Galeri, Menara DBKL 1 dalam suasana penuh penghargaan bagi meraikan warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bakal menamatkan perkhidmatan mereka.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pengurusan tertinggi serta Pengarah-Pengarah Jabatan dalaman DBKL sebagai tanda penghormatan dan penghargaan terhadap jasa para pesara yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan serta penyampaian perkhidmatan bandar raya.

Seramai 11 orang pegawai dan kakitangan telah diraikan, iaitu:

• Ganesan a/l R. Subramaniam – 32 tahun (1994 hingga 2026)

• Mazlan bin Mat Dom – 32 tahun (1994 hingga 2026)

• P. Selva Kumar a/l N. Palany – 41 tahun (1985 hingga 2026)

• Sharin Aznam bin Md Khalid – 37 tahun (1989 hingga 2026)

• Idris bin Dahalan – 38 tahun (1988 hingga 2026)

• Rahelah binti Omar – 27 tahun (1999 hingga 2026)

• Mohd Kamarulzaman bin Omar – 38 tahun (1988 hingga 2026)

• Abd Malik bin Abd Aziz – 20 tahun (2006 hingga 2026)

• Nik Hasmah binti Nik Dil – 32 tahun (1994 hingga 2026)

• Zamri bin Othman – 37 tahun (1989 hingga 2026)

• Theresa a/p Rubin Joseph – 30 tahun (1996 hingga 2026)

Majlis ini mencerminkan penghargaan DBKL terhadap komitmen dan dedikasi para pesara yang telah berkhidmat dengan penuh amanah sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta terus menikmati kehidupan yang bahagia dan sejahtera bersama keluarga tercinta.

background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

24/05/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO