Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari ini telah mengadakan Majlis Clock Out Pegawai dan Kakitangan yang Akan Bersara Bil 9/2026 bagi meraikan warga kerja yang bakal menamatkan perkhidmatan selepas sekian lama mencurahkan bakti dan khidmat kepada DBKL serta warga kota.
Majlis yang berlangsung di Ruang Galeri, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pengurusan tertinggi serta Pengarah-Pengarah Jabatan dalaman DBKL sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada para pesara atas jasa serta komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan telah diraikan dalam sesi kali ini, iaitu:
• Mustafar bin Yusoff – 37 tahun (1989 hingga 2026)
• Azman bin Hassan – 35 tahun (1991 hingga 2026)
• Mohd Khalil bin Ibrahim – 30 tahun (1996 hingga 2026)
• Nik Roslan bin Che Ya @ Nik Halim – 34 tahun (1992 hingga 2026)
• Syed Abd Aziz bin Saiyed Abdul Wahab – 39 tahun (1987 hingga 2026)
• D Segar a/l S Darman – 35 tahun (1991 hingga 2026)
• Mohamad Fauzi bin Mohamed Salleh – 31 tahun (1995 hingga 2026)
• Y. Peter a/l S. Yesumaney – 35 tahun (1991 hingga 2026)
• Darshan Kumar Suri a/l Sewa Shah – 30 tahun (1996 hingga 2026)
• Anuar bin Jusoh – 38 tahun (1988 hingga 2026)
Sepanjang tempoh perkhidmatan, para pesara telah melaksanakan pelbagai amanah dan tanggungjawab dalam bidang masing-masing, sekali gus menjadi sebahagian daripada warga kerja yang menyumbang kepada kelancaran penyampaian perkhidmatan DBKL kepada warga kota.
Majlis ini menjadi ruang untuk DBKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, dedikasi serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Semoga para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan menikmati fasa kehidupan baharu bersama keluarga tercinta dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan.