March 26th, 2025 by Admin JPRK
Sempena keberkatan bulan Ramadan, DBKL hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran (World Quran Hour) di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL.
Majlis yang dihadiri seramai 250 orang kakitangan DBKL ini telah dipimpin oleh Ustaz Hassan Alfadhli bin Abdul Rahman, Imam Masjid Negara. Turut bersama menjayakan majlis ini ialah YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Semoga majlis seperti ini terus menyemarakkan semangat kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga DBKL dan menjadi medan untuk meraih keberkatan serta kerahmatan Ramadan.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)