Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
February 28th, 2026 by Admin JPRK
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Iftar Ramadan 2026 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); YBrs. TPr Haji Rosli bin Nordin, Pengarah Eksekutif (Perancangan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); YBhg. Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC; serta YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Program Iftar Ramadan 2026 merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Untuk makluman, pelaksanaan pada tahun ini merupakan penganjuran kali ke-14 oleh JKKN sejak diperkenalkan pada tahun 2012.
Iftar Ramadan 2026 akan berlangsung pada 28 Februari serta 1, 14 dan 15 Mac 2026 bermula jam 6.00 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dijangka menghimpunkan warga kota serta pelancong dalam suasana berbuka puasa yang penuh keberkatan dan kebersamaan.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)