Laman Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Latar Belakang
Visi, Misi dan Nilai Bersama
Pengurusan Tertinggi
Profil Datuk Bandar
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Senarai Perundangan
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Jaringan Antarabangsa & Bandaraya Berkembar
Anugerah, Pencapaian Dan Penghargaan DBKL
Pensijilan MS-ISO
Jabatan
March 3rd, 2026 by Admin JPRK
Semalam telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Surau/Madrasah PA dan PPR DBKL 1447H/2026 yang telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis ini diadakan bersempena Ramadan sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan sosial serta memperkasa institusi surau dan madrasah di kawasan Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Bagi tahun ini, sebanyak RM305,000 telah diperuntukkan kepada 61 buah surau dan madrasah sebagai pelaburan sosial untuk memastikan institusi komuniti ini terus berfungsi secara aktif, inklusif dan berimpak tinggi.
Sumbangan ini boleh dimanfaatkan bagi memperkukuh kebajikan imam, bilal dan siak, menaik taraf kemudahan asas, menganjurkan program pengajian serta melaksanakan inisiatif kebajikan yang menyantuni golongan rentan dalam komuniti.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan ukhuwah, perpaduan dan pembangunan komuniti yang lebih harmoni, selaras dengan aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang bukan sahaja maju dari segi fizikal, tetapi juga unggul dari segi nilai dan kemanusiaan.
|
|
|
|
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)