Default Banner

Makluman Kerja-Kerja Mitigasi Pokok Rendang Sekitar Kuala Lumpur

Utama / Berita & Acara / Makluman Kerja-Kerja Mitigasi Pokok Rendang Sekitar Kuala Lumpur

March 9th, 2026 by Admin JPRK

Dimaklumkan bahawa bermula 15 Februari 2026 hingga 30 Mac 2026, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melaksanakan kerja-kerja mitigasi pokok rendang yang melibatkan aktiviti cantasan dan penebangan di beberapa kawasan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kerja-kerja ini akan dijalankan secara berperingkat berdasarkan penilaian risiko bagi memastikan keselamatan orang awam, harta benda serta kelancaran trafik sekitar

Berikut adalah kawasan-kawasan yang akan terlibat sepanjang tempoh tersebut:

1) PARLIMEN SEGAMBUT

Melibatkan kawasan Jalan Burhanuddin Helmi Dan Medan Buhanudin Helmi, Bukit Tunku, dan sekitar Sunway SPK Damansara Zon 1

2) PARLIMEN KEPONG

Melibatkan kawasan Kampung Melayu FRIM Dan Taman Pusat Kepong Zon 1

3) PARLIMEN BATU

Melibatkan kawasan Taman Sri Kuching, Taman Niaga Waris, Taman Segambut Indah, Taman Industri Spring Crest dan Taman Batu Muda.

4) PARLIMEN WANGSA MAJU

Melibatkan kawasan Prima Setapak, Jalan Genting Klang, Sekitar Danau Kota Dan Taman Tasik Danau Kota

5) PARLIMEN SETIAWANGSA

Melibatkan kawasan Jalan Usahawan, Sri Rampai Dan Setapak Jaya 1A

6) PARLIMEN BUKIT BINTANG

Melibatkan kawasan sekitar Pudu Sehingga Medan Pasar, Jalan Syed Putra, Jalan Robson Dan Kampung Kerayong

7) PARLIMEN TITIWANGSA

Melibatkan kawasan Pekeliling, Dato Keramat Dan Bukit Keramat

8) PARLIMEN CHERAS

Melibatkan kawasan sekitar Taman Kobena dan Pudu Ulu

9) PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

Melibatkan kawasan sekitar Kompleks IDB, Taman Jaya, Bandar Tasik Selatan, Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat, Taman Alam Damai, Taman Damai Bakti, Taman Damai Bestari, Dan Taman Damai Budi.

10) PARLIMEN SEPUTEH

Melibatkan kawasan Taman Desa Zon 2 dan Sri Petaling Zon 1

11) PARLIMEN LEMBAH PANTAI

Melibatkan kawasan Jalan Taaban, Medang Serai, Jlaan Tempinis, Jalan Cenderai, PPR Seri Pantai, PPR kampung Limau, Flat Taman Pantai Dalam, PPR Perinchi, PA Pantai Permai Dan Taman Bukit Angkasa

12) TAMAN AWAM, TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK DAN KAWASAN LAPANG

Melibatkan kawasan Taman Jinjang Baru, Taman Kepong Baru, Taman Wilayah, Taman Bangsar Pertama, Taman Gembira Dan Taman Desa.

Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terlibat serta memberi kerjasama sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan kerjasama daripada orang awam didahului dengan ucapan terima kasih.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

13/03/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO