Default Banner

Membina Karakter, Mencorak Masa Depan

Utama / Berita & Acara / Membina Karakter, Mencorak Masa Depan

June 5th, 2026 by Admin JPRK

​DBKL membuktikan komitmennya dalam pembangunan holistik warga kota dengan menekankan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Usaha ini diterjemahkan melalui aktiviti pembelajaran luar bilik darjah Tadika Sang Kancil DBKL. Pembelajaran berasaskan pengalaman di mana murid-murid belajar menyayangi hidupan dan alam sekitar secara langsung di Zoo Negara.

Ia adalah ​pelaburan masa depan ke arah membentuk generasi yang bukan sahaja bijak dan berdaya saing, malah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kelestarian alam.

​Inilah manifestasi Ihsan Bandar Raya iaitu menyemai ilmu hari ini untuk menuai generasi prihatin hari esok.

1. 714830464 1556199106068773 2719846315126303148 n

1. 715038744 1556199086068775 549939595995140321 n

1. 714852633 1556199042735446 940050743320208084 n

1. 717186273 1556199169402100 6251863748236641347 n