Default Banner

Operasi Bersepadu Banteras Pengemis Di Sekitar Pusat Bandar

Utama / Berita & Acara / Operasi Bersepadu Banteras Pengemis Di Sekitar Pusat Bandar

July 17th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Banteras Pengemis bersama beberapa agensi penguatkuasaan di sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Alor dan Leboh Pudu pada 16 Julai 2026.

Operasi yang dijalankan bermula jam 8.00 malam itu melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hasil operasi, seramai 25 individu telah diambil tindakan, terdiri daripada 13 warganegara dan 12 bukan warganegara. Daripada jumlah tersebut, 5 individu telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut, melibatkan 2 individu kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan 3 individu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

DBKL akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan dalam usaha membanteras aktiviti mengemis serta memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara.

Sebarang aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera:

https://adukl.dbkl.gov.my/

5. 749041901 1592918735730143 2709134031931556036 n

5. 749355498 1592920835729933 5878255860602712016 n

5. 747913457 1592920962396587 3645012626351607664 n

5. 750617667 1592918692396814 6397457856731908748 n