Operasi Bersepadu Ke Atas Premis Yang Disyaki Menjalankan Aktiviti Perlombongan Mata Wang Kripto (Bitcoin) Di Segambut, Kuala Lumpur.
Utama/Berita & Acara/Operasi Bersepadu Ke Atas Premis Yang Disyaki Menjalankan Aktiviti Perlombongan Mata Wang Kripto (Bitcoin) Di Segambut, Kuala Lumpur.
August 12th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Bersepadu ke atas premis yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan mata wang kripto (Bitcoin) di sekitar Jalan Prima Impian 7, Taman Prima Impian, 51200 Segambut, Kuala Lumpur pada Isnin, 10 Ogos 2026.
Tindakan merobohkan struktur dalaman (wall partition) telah dilaksanakan selepas pasukan TNB melaksanakan pemotongan tenaga elektrik di premis tersebut. Tindakan dilaksanakan di bawah Seksyen 79(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Turut terlibat dalam operasi tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur serta Polis DiRaja Malaysia.
DBKL akan meneruskan operasi bersepadu dan pemantauan dari masa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.