Default Banner

Operasi Bersepadu Pusat Penjaja Swasta Di Pertama Complex Dan Bangunan KWSP Jalan Raja Laut

Utama / Berita & Acara / Operasi Bersepadu Pusat Penjaja Swasta Di Pertama Complex Dan Bangunan KWSP Jalan Raja Laut

June 12th, 2026 by Admin JPRK

DBKL telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pusat Penjaja Swasta Siri 4/2026 di Pertama Complex dan Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan di pusat penjaja swasta.

Sebanyak 23 premis telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa ketidakpatuhan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran 4 notis di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016, melibatkan 1 notis di bawah UUK 30(1)(a), 2 notis di bawah UUK 15(1)(b) dan 1 notis di bawah UUK 15(1)(c).

DBKL akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua premis penjaja mematuhi peraturan yang berkuat kuasa serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, bersih dan selamat untuk warga kota.

1. 721099625 1561774258844591 6159911462357274122 n

1. 721377543 1561774512177899 1413854693358439303 n

1. 721463479 1561774312177919 5501047098339335569 n

1. 721377540 1561772608844756 4895419036065650601 n