Default Banner

Operasi Penguatkuasaan Kawasan Larangan Merokok Di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri

Utama / Berita & Acara / Operasi Penguatkuasaan Kawasan Larangan Merokok Di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri

May 7th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Operasi Khas Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sekitar Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri.

Operasi melibatkan pemeriksaan ke atas 20 premis makanan bagi memastikan tahap pematuhan terhadap larangan merokok di kawasan premis makanan sentiasa dipatuhi demi keselesaan dan kesihatan orang awam.

Sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan premis makanan.

Selain tindakan penguatkuasaan, pendidikan kesihatan serta nasihat turut diberikan kepada wakil premis sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan sedia ada.

DBKL akan terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam kekal bersih, sihat dan selesa untuk seluruh warga kota.

Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

11/05/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO