Pada 11 Ogos 2026 (Selasa), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu meruntuhkan struktur tempat letak kereta yang dibina di atas rezab jalan awam di sekitar Jalan Andaman 5, Desa Andaman, Setapak, Kuala Lumpur. Tindakan ini dilaksanakan di bawah Seksyen 46(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Tindakan penguatkuasaan ini diambil selepas pemilik gagal mematuhi amaran yang telah dikeluarkan oleh Pegawai Penguat Kuasa di lapangan. Beberapa notis penguatkuasaan serta notis pengosongan tapak turut telah diberikan lebih awal kepada pemilik, namun gagal dipatuhi.
Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa turut mengeluarkan notis penguatkuasaan dan notis pengosongan tapak kepada pemilik 2 buah struktur tempat letak kereta di sekitar Jalan Andaman 3, Desa Andaman, Setapak, Kuala Lumpur. Pemilik terbabit akur dan mengambil tindakan meruntuhkan sendiri struktur berkenaan.
DBKL akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap sebarang pembinaan struktur tanpa kelulusan di atas rezab jalan awam demi menjaga keselamatan dan kepentingan orang ramai.
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.