Default Banner

Operasi Saman Kendiri Lorong Bas Di Jalan Ampang

Utama / Berita & Acara / Operasi Saman Kendiri Lorong Bas Di Jalan Ampang

October 24th, 2026 by Admin JPRK

22 Oktober 2026 (Khamis) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Operasi Saman Kendiri (Lorong Bas) di Jalan Ampang, berhampiran Wisma Central.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 69 notis telah dikeluarkan. DBKL mengeluarkan 26 notis kepada pemandu yang memandu kenderaan di lorong yang dikhaskan sebagai lorong bas dan teksi, di bawah Kaedah 17C(1), Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. Manakala JPJ mengeluarkan 43 notis, terdiri daripada 35 notis saman lorong bas dan 8 notis saman pelbagai kesalahan.

Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, diingatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak menggunakan lorong bas bagi memastikan kelancaran pergerakan pengangkutan awam.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

2. 63511386 1897682001392430 3215836602023392424 n

2. 862219353 3267683986763837 5187967109977402262 n

2. 863958775 1434255831396788 5535307155578786029 n

2. 864742873 1603239690831930 1989393407714077695 n