Default Banner

Operasi Sita Cukai Taksiran Siri 9/2026 Di Residensi Skymeridien, Bandar Baru Sentul

Utama / Berita & Acara / Operasi Sita Cukai Taksiran Siri 9/2026 Di Residensi Skymeridien, Bandar Baru Sentul

November 15th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Operasi Sita Kadar Taksiran Siri 9/2026 pada 14 November 2026 bertempat di Residensi Skymeridien, Bandar Baru Sentul.

Operasi ini melibatkan tindakan penguatkuasaan terhadap 69 akaun yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.

Pelaksanaan operasi ini melibatkan pengeluaran Waran Tahanan (Borang F) selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai langkah mendapatkan semula tunggakan cukai taksiran yang masih belum dijelaskan.

DBKL akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berkala di lokasi yang dikenal pasti mempunyai tunggakan cukai taksiran bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, pemilik harta di Kuala Lumpur diseru agar menyemak status akaun cukai taksiran masing-masing dan menjelaskan sebarang tunggakan dengan segera bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA, BANDAR SEJAHTERA.

4. 905321656 1117220297859054 7966268808605628781 n
4. 906121647 1869406567829622 7027377619709110471 n 1795054477
4. 906771336 1386440340233765 3087549993346754674 n
4. 907278124 1591919659371876 1254048678733640541 n